ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 231 stesen pengawasan kualiti air sungai dipasang di seluruh Johor bagi mengenal pasti tahap kualiti air sekali gus memastikan insiden pencemaran seperti di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang tidak berulang.
Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata stesen pengawasan tersebut dipasang di lokasi 'hotspot' meliputi 227 stesen manual dan empat stesen automatik.
"Seperti sedia maklum terdapat 14 sungai di Johor yang tercemar, justeru Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti air di sungai berkenaan.
"Kita ambil sampel di semua stesen tersebut untuk pantau kualiti air sungai. Kita juga sedang berusaha untuk tambah lagi jumlah stesen pengawasan, selain membuat ujian sampel secara lebih kerap bagi memastikan kualiti air terjamin," katanya kepada pemberita selepas meninjau satu daripada lokasi Ops Gempur Raya di sebuah kawasan perindustrian di sini pada Khamis.
Pencemaran Sungai Kim Kim menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup susulan pembuangan sisa toksik di sungai berkenaan pada 7 Mac 2019.
Mengenai Ops Gempur Raya, Ling berkata menerusi operasi yang dijalankan sejak Isnin lepas itu JAS Johor telah mengeluarkan 30 syor kompaun terhadap premis yang dikenal pasti berisiko tinggi mencemarkan alam sekitar dengan anggaran setiap kompaun bernilai RM2,000.
"Operasi ini menunjukkan keseriusan JAS Johor dan kerajaan negeri dalam membendung kes pencemaran alam sekitar khususnya ketika musim perayaan," katanya.
Sementara itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan pengambilan makanan kupang susulan dakwaan berlaku kes keracunan makanan akibat makanan laut itu di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.
"Di Johor kami belum ada terima laporan tentang keracunan akibat kupang, tetapi disebabkan lokasinya agak dekat jadi pengguna perlu berhati-hati. Periksa warna dan bau terdahulu sebelum memakannya," katanya.
Sebelum ini, Jabatan Perikanan Negeri Sembilan dilapor mengambil sampel kupang dan air di perairan Port Dickson selepas menerima laporan daripada Hospital Port Dickson mengenai beberapa individu mengalami keracunan makanan disyaki disebabkan memakan kupang dan kerang di lokasi tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Ling berkata stesen pengawasan tersebut dipasang di lokasi 'hotspot' meliputi 227 stesen manual dan empat stesen automatik. - Foto fail/BERNAMA
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
JAS Kedah siasat insiden sungai dicemari bahan berwarna merah
Pencemaran itu dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa buangan dari longkang sebuah fasiliti yang disalurkan terus ke dalam sungai.
Rompin catat IPU tidak sihat
Setakat 11 pagi tadi, daerah berkenaan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap 166.
231 stesen pengawasan pantau kualiti air di Johor
Sebanyak 231 stesen pengawasan kualiti air sungai dipasang di seluruh Johor bagi mengenal pasti tahap kualiti air.
Dua kawasan di Sabah catat udara tidak sihat setakat 7 pagi
Politeknik Kota Kinabalu dan Kimanis masing-masing mencatatkan bacaan IPU 136 dan 118.
Pengurus besar, pengurus pengeluaran kilang oleokimia ditahan cemar Sungai Tukang Batu
Mohd Famey Yusoff berkata lelaki tempatan berumur 44 dan 38 tahun itu ditahan di kilang terbabit pada 5 petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.
Kilang sarung tangan lepas efluen biru tidak terawat ditahan operasi
Sebuah kilang pembuatan sarung tangan getah Alor Setar dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Kerjasama Kerajaan Pusat, negeri tangani isu kualiti air
JAS akan memperhalusi komitmen yang turut melibatkan kerajaan negeri berkaitan isu pencemaran yang perlu dilihat secara menyeluruh.
Syarikat sarung tangan didenda RM20,000 sebabkan pencemaran air
Syarikat itu didapati bersalah melepaskan efluen perindustrian melebihi had ke dalam dalam longkang awam, tahun lepas.
Lebih 10,000 OYB dilahirkan menerusi program Pensijilan Profesional Alam Sekitar - JAS
Seramai 10,353 Orang Yang Berwibawa (OYB) telah dilahirkan menerusi program Pensijilan Profesional Alam Sekitar sehingga kini.
JAS Negeri Sembilan kesan pencemaran pelupusan haram di Port Dickson
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesan pencemaran berkaitan pelupusan haram disyaki bahan berbahaya di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Merah, Port Dickson hari ini.